Rumah Mampu Milik Untuk Rakyat Malaysia

Kami bantu anda dan mudahkan pemilikan hartanah

Rated 5 stars by customers

★★★★★

Mudah Hartanah : Rakan Hartanah Anda

Kami di Mudah Hartanah akan bantu anda untuk menghubungkan anda dengan hartanah yang mampu anda miliki. Kami mempunyai projek-projek hartanah seluruh Malaysia. Apartment, teres setingkat dan juga semi D terpulang pada pilihan anda. Pengalaman kami dalam dunia hartanah dapat melincirkan proses PEMBELIAN hartanah anda.

Kami memahami keperluan masa depan anda
Rumah & Pemaju

Pihak pemaju telah melantik kami untuk membantu anda dalam urusan yang berkaitan. Urusan pinjaman, tempahan dan juga dokumentasi. Jaringan kami dengan pihak bank dan pemaju menjadikan proses pembelian hartanah mampu milik lebih lancar, itu adalah misi kami. Dengan kepakaran kami dan sokongan dari bank dan juga pemaju, Kami akan pastikan anda dapat memiliki unit idaman anda.

Lokasi Strategik

Pelan Lantai Rumah Selangorku Shah Alam

Maklumat Projek

Fasa : Fasa 1

Jenis Hartanah: Pangsapuri

Jenis Milikan: Leasehold (Residential)

Jumlah Blok: 2 Blok (A & B)

Jumlah Tingkat: 22 tingkat rumah, 9 tingkat

parkir, 2 tingkat kedai

Jumlah Unit: 963 Unit

Lift: 3+1 unit

Fasiliti: Bilik surat, tadika, bilik bacaan, ruang,

kebun mini,

dewan serbaguna, laluan

refleksologi, taman mini orked, gelanggang

bola keranjang, gelanggang takraw dan

gimnasium terbuka

Kelebihan Rumah Selangorku Shah Alam

Harga yang mampu milik.

Harga yang ditawarkan adalah mampu milik iaitu hanya RM288,000 sahaja dan anggaran bulanan RM1,400. Harga yang ditawarkan juga adalah bersesuaian dengan harga semasa pasaran hartanah.

Lokasi yang sangat strategik.

Semua keperluan anda hanya dalam 13KM radius. Sekolah, masjid, pusat membeli belah dan juga hospital.

Fasiliti yang lengkap

Pangsapuri ini menawarkan fasiliti yang memenuhi keperluan semasa anda. Dewan serbaguna, bilik bacaan, laluan refleksologi, kawasan berkelah dan juga gelanggang serbaguna.

Keluasan yang memberi keselesaan

Dengan keluasan 1,023kps ia dapat memberi keluasan yang selesa untuk anda dan keluarga anda. Dengan 3 bilik, pastinya ia cukup selesa.

Percuma 2 parkir

Ia sangat diperlukan selaras dengan situasi ‘working parents’. Oleh itu mudah untuk kita dan tidak perlu tercari-cari parkir tambahan atau parkir diluar pangsapuri.

Percuma kelengkapan perabot

Pakej yang ditawarkan sangat menarik. Ia dapat memberi penjimatan dan keselesaan bila pindah masuk.

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah SelangorKu

Belum pernah memiliki hartanah di Selangor
Maksimum pendapatan RM10K (Bujang) / RM15K (Berkahwin)
Warganegara berumur 18 tahun ke atas
Tempoh sah laku permohonan 2 tahun
Gaji minimum pemohon RM2,800 sebulan
Bekerja atau menetap atau lahir di Selangor

Soalan lazim

Bolehkah saya beli Rumah Selangorku secara tunai?

Boleh! Permohonan adalah seperti biasa. Dokumen yang diperlukan juga perlu dihantar dan pihak kami akan bantu dalam urusan pemilihan unit.

Anak saya pendapatan tidak mencukupi, bolehkah saya beli secara kongsi saya bersama anak saya?

Secara amnya tentu boleh tetapi anda dan anak anda mestilah tidak pernah memiliki hartanah di Selangor. Ia juga bergantung dengan pihak bank yang memberi pembiayaan.

Boleh saya dapatkan cara nak beli Rumah Selangorku ini?

Mudah sahaja! Pertama kami akan bantu anda untuk urusan pinjman atau pembiayaan. Kemudian kami akan bantu untuk pemilihan unit. Walaupun caranya mudah, tetapi proses akan mengambil masa. Oleh itu kami akan bantu memudahkan proses yang berkaitan secara PERCUMA

Kalau saya beli Rumah Selangorku, boleh tak saya jual kembali?

Sudah tentu boleh, cuma terdapat sekatan dimana rumah ini boleh dijual selepas 5 tahun. Ini kerana Rumah Selangorku ini adalah untuk membantu golongan sasar.

Berapa lama permohonan setelah dalam status ‘menunggu’?

Tahniah permohonan anda dalam proses. Walaubagaimana pun, status ‘menunggu’ kadangkala boleh berlanjutan sehingga setahun. Ini terjadi disebabkan semua unit telahpun dalam proses ‘pemilihan’. Jika anda hendak menukar lokasi rumah selangorku, kami boleh bantu anda.

Jika permohonan saya lulus dan saya batalkan pembelian tersebut, apa tindakan yang dikenakan keatas saya?

Peluang untuk mendapatkan Rumah Selangorku bukan mudah. Jika anda menolak unit berkenaan, pihak pengurusan Rumah Selangorku akan senarai hitamkan permohonan anda selama 2 tahun.

Ya! Saya berminat

Perlukan maklumat lanjut berkenaan projek Rumah Selangorku Shah Alam?

Isi butiran dan kami akan menghubungi anda dalam masa terdekat. Butiran maklumat anda hanya untuk tujuan urusan pembelian rumah sahaja.